Ada plan nak naik haji? Bayangkan, daripada berjuta-juta umat Islam yang menaruh harapan, kita salah seorang yang telah terpanggil untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah. Andaikata dah pasang niat nak pergi dan kita mampu, okay jer kalau ikut pakej Haji daripada travel ejen.

Tapi, korang kenalah cari travel ejen yang betul-betul molek, ada pengalaman dan juga kreadibiliti dalam menguruskan jemaah haji serta pastikan ia mempunyai lesen yang sah. Bukan apa, takut nanti kena tipu!

So, perkara-perkara yang berkaitan penipuan pakej haji boleh dielakkan kalau kita sebagai bakal jemaah lebih 'alert'.





Kebetulan nih sis share lah travel ejen yang sis tahu dan boleh dipercayai. Dan kalau ada rezeki, kalau sis berpeluang ke Tanah Suci Mekah suatu hari nanti, sis satu famili pun nak pergi dengan travel ejen nie. Insya-Allah, niat yang baik selalunya Allah akan kabulkan (tolong Aamiin, kan ya! )




Bukan apa, lebih mudah, sebab sis nak bawak mak dan mak mertua sis sekali. Keduanya kurang berkemampuan dari segi fizikal dan sis rasa pakej haji sebegini lebih sesuai dan dengan izin Allah, tentu ianya lebih memudahkan dan selesa untuk mereka beribadah.

Sis tertarik dengan Pakej Haji Rawdah Premium dari Feldda Travel sebab ada tawaran menarik. Selain itu mereka juga menyediakan kelengkapan dan servis terbaik untuk para jemaah haji. Mereka menyediakan penginapan atau penempatan yang sangat selesa untuk mereka yang menjadi tetamu-tetamu Allah.

Tentulah ramai yang menantikan peluang yang sebegini, terutama anak-anak yang berhasrat nak bawa mak-bapak atau ahli keluarga yang kurang berkemampuan dari segi fizikal, bertongkat, berkerusi roda dan sakit lutut.





Jom kita semak 7 sebab kenapa ramai memilih Pakej Haji Rawdah dari Felda Travel:

1. Peluang Yang Tinggi

Kebarangkalian untuk korang naik haji sangat tinggi meskipun korang status rayuan (Pada tahun lepas, semua jemaah rayuan dari Felda Travel untuk pakej ini alhamdulillah dapat naik haji).
Jika korang telah daftar haji tahun 2015 ke bawah (2015, 2014 dan seterusnya). Insya-Allah, mereka akan bantu supaya korang dapat naik haji tahun ini.





2. Pembimbing Berpengalaman

Ibadah haji korang akan dibimbing oleh Prof. Dr Mohamad Khadafi Rofie, seorang pembimbing ibadah haji bertauliah yang cukup berpengalaman membawakan jemaah haji Malaysia.
Jadi korang tak perlu risau tentang masalah hukum dan ibadah sepanjang menunaikan haji di sana.

3. Hotel Dekat dan Sajian Makan Terbaik

Korang akan menginap di hotel 5 bintang Safwah Royal Orchid Hotel. Hotel ini bersambung dengan dataran Masjidil Haram, jadi korang boleh ulang alik ke masjid dengan selesa untuk beribadah.
Lagi satu, hotel ni best untuk orang Malaysia sebab ada food court yang menempatkan Restoran Felda D’Saji. Korang boleh makan roti canai dan minum teh tarik hari-hari. Wahh... gitew..





4. Tiada Transit Hotel di Aziziah

Korang akan terus masuk menginap di hotel Mekah, bukannya transit dahulu di kawasan Aziziah sehingga 15 Zulhijah seperti pakej-pakej lain. Ramai yang tak tahu perkara ni, tapi ada pakej yang harganya mungkin lebih murah kerana jemaah dibawa transit menginap di Aziziah dahulu untuk jimatkan kos sebab harga hotel di Mekah sangat mahalketika waktu kemuncak haji (25 Zulkaedah - 15 Zulhijjah). 

Jemaah hanya dibawa berpindah ke hotel di Mekahselepas 15 Zulhijah.Memang dapat jimatkan kos, tapi jemaah mungkin tidak dapat pergi ke Masjidil Haram setiap hari kerana kawasan Aziziah jaraknya 4.5km dari Masjidil Haram dan jalan sangat jem ketika musim haji.

5. Penerbangan Yang Selesa

Korang dapat terbang terus ke Jeddah dengan selesa menaiki penerbangan business class Saudia Airlines. Pakej yang ditawarkan ini termasuk flight business class.





6. Khemah Dekat dan Selesa

Korang dapat beribadah dengan lebih selesa di khemah khas yang disediakan ketika di Mina, dengan jarak kurang dari 800m untuk melontar (bukan 3.5km seperti pakej biasa atau muasasah).

Sangat sesuai jika korang atau ada ahli keluarga yang sakit kaki dan lutut sebab korang akan pergi melontar jamrah hingga 4 hari.





7. Lebih Fokus dengan Kumpulan Kecil

Saiz kumpulan yang sangat kecil. Tahun ini, Felda Travel hadkan jemaah Pakej Rawdah untuk 45 orang sahaja. Cukup-cukup satu bas sahaja bagi memastikan para jemaah akan mendapat kualiti perkhidmatan dan bimbingan ibadah haji yang terbaik.

Daftar Sekarang!
Ada 11 Kekosongan Sahaja!


Slot untuk Pakej Rawdah ini sangat-sangat terhad untuk 45 jemaah sahaja. Setakat 20 Mac ini, sudah 34 orang bakal jemaah haji mendaftar pakej ini. Kini, hanya ada 11 kekosongan sahaja lagi.

So rebutlah “Promosi Istimewa bagi pendaftaran sebelum 25 Mac 2020”

Maklumat Lanjut, Hubungi:

Pn Shidah +60192010843

Tn Hj Rizal +60192637028

Atau email ke salam@feldatravel.com.my






Untuk Tawaran Pakej Haji menarik ini korang boleh rujuk poster di bawah nie ya!










Semoga Allah permudahkan usaha dan menjemput kita semua ke sana sebagai tetamuNya nanti. Mudah-mudahan juga kita akan dapat buat ibadah haji dalam keadaan yang lebih tenang dan selesa serta mendapat haji yang mabrur.

Insya-Allah. Ameen.

Di harap perkongsian informasi ini berguna untuk semua.

Lurve,

Sis Anie Mohamed