Korang dah try ke menu terbaru, bersoskan telur masin kat Marrybrown tu? Kalau belum cuba, silalah try menikmatinya. Sedap ‘pepalih’ weyy!!

Memandangkan masih dalam tempoh PKPP, SOP yang ditetapkan kenalah dipatuhi. Ok aperr...
Kali pertama menikmatinya, terasa nak repeat lagi. Bahkan, hari tu sis siap ‘tapau’ lagi.
Ternyata Marrybrown telah berjaya mencipta satu menu yang memenuhi citarasa masyarakat Malaysia. Patutlah sekarang nie MB 'meletup' sangat dengan menu nih. Tahniah! Tahniah!! 
Semoga lepas nie akan muncul lagi pelbagai menu yang enak-enak daripada Marybrown.



Limpahan sos teluar masin tu la yang buat tekak nie tambah terliur nak makan lagi! Hahaha...

Anak-anak bujang Sis, 'melaju' jer dengan Hotouch Burger nie. Rasanya padu sungguh!

Gabungan telur masin pada sajian Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken memang kena pada selera. Limpahan sos telur masin tu memang padu! Betul-betul membangkitkan selera dengan adanya keunikan rasa telur masin bersama daun kari.


Hari yang cukup indah buat Sis. Sepanjang tempoh PKP/PKPP, inilah kali pertama kami keluar makan bersama.
Kena pula, menu yang enak dan berbaloi... asyikk laaaa

Tengok tuuu.. burger dulu yang jadi pilihan. Tak cukup satu, ok!



Sis pun tak sangka, boleh ‘layan’ rasa lemak-lemak masin berkrim tu apabila dipadankan dengan burger dan ayam goreng, fries, kentang lenyek serta salad. Anak-anak Sis pun cakap perkara yang sama.

Sedap sangat! Lagipun, inilah kata pertama kali kot, dorang makan-makan dan ‘pekena’ menu kat Marrybrown. Lepas nie, kalau jalan-jalan kat Central i-City, Seksyen 7, Shah Alam, boleh sangatlah lepak makan kat Marrybrown dan layan lagi menu sedap ini.

Harga pun ok, bermula daripada RM15 ‘gitew’ dan kedua-dua set kombo nih disertakan bersama minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea.

Kalau rasa nak ‘gantung kuali’ boleh sangat-sangat korang try menu terbaik daripada Marrybrown nie. Rasa dulu, baru boleh cakap banyak, macam sis nie. Hahahaa… btw, disebabkan sedap, tu yang sis semangat nak share dan mintak korang pulak try rasa.

Okay, selamat menjamu selera!

Sis dah cuba menikmatinya, dah pun jatuh hati. Korang yang belum tu, bila lagi?

Jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed