azam tahun baru


Tinggal sehari sahaja kita nak melangkah ke tahun baru. Walaupun membuat azam bukanlah suatu kewajipan, tetapi sedikit sebanyak ia dapat membantu kita mensasarkan target dan seterusnya mengapai impian dalam hidup.

Bagi sis la kan, setiap azam yang dibuat tak perlulah sampai nak mencecah ke langit ke-7 dan menyusahkan diri sendiri. Bukan apa, kadang-kadang azam yang cukup simple sekalipun kita tak mampu nak lakukan.

Biasalah bukan semua orang berjaya mewujudkan segala azam. Sungguhpun begitu, kegagalan juga bukan jaminan. Ada juga di antara kita yang betul-betul fokus sehingga berjaya mewujudkan segala azamnya.

azam tahun baru

Untuk tahun 2021, marilah kita sama-sama menanam azam. Sekurang-kurangnya biarlah kita rasa bersemangat sikit untuk meneruskan kehidupan. Jom lakukan perubahan dalam hidup kita. Kita cari dan buka fikiran kita untuk menjengah perkara-perkara dan pengalaman baru yang dapat meningkatkan kesihatan dan kebahagiaan kita.

Lagipun untuk menjadi orang yang suksess kita, kita perlu sentiasa memperbaiki diri sendiri, cari cara untuk meningkatkan kehidupan. Gunakan kesempatan atau peluang yang ada, ubah persepsinya dulunya kerap negatif menjadi positif bagi meraihkan kejayaan di tahun baru.

Mudah-mudahan di tahun baru nanti kita tidak terbelenggu dengan suatu masalah yang mungkin datang tanpa diduga. Kita juga kena selalu bersedia untuk berdepan dengan perubahan-perubahan yang bakal terjadi. Andaikata kita terlalu alergik terhadap perkembangan atau perubahan baru yang ada di persekitaran kita nanti, alamatlah kita akan tertinggal oleh arus perkembangan zaman.

Semoga kita juga tak takut-takut lagi untuk mencuba perkara-perakara yang baru. Adakalanya dengan mencuba perkara-perkara baru ia akan membuka peluang yang mungkin belum pernah dicapai oleh orang lain.

azam tahun baru

So, melangkah sahaja ke tahun 2021 nanti… ayuh kita beranikan diri untuk mencuba pelbagai perkara baru. Bebaskan diri daripada terus bertahan berada di zon selesa yang hanya akan membuatkan kamu berada di takuk lama!

Jangan takut gagal ok, walaupun suatu kegagalan itu amat menyakitkan. Bukan apa, melalui kegagalan itulah juga kita dapat mengenal pasti segala kelemahan dan kesilapan supaya tidak mengulanginya lagi serta memberikan hasil yang terbaik di masa akan datang. Kegagalan yang kita dapat, tak kiralah di tahun 2020 ke… ia tetap merupakan pelajaran terbaik supaya kita boleh melangkah lebih sukses!

Apapun azam kita di tahun baru, tanpa motivasi kita tak akan dapat melakukannya. Jadi, semangat ok! Fikirkanlah yang baik-baik kerana fikiran kita yang akan menentukannya.

Jika kita percaya segala azam tersebut akan dapat kita wujudkan, sudah pasti kita akan berusaha dengan sepenuh hati untuk mewujudkannya.

Selamat merealisasikan segala impian di tahun 2021. Semoga Allah mengizinkannya!

Sampai jumpa lagi.

Lurve,

Sis Anie Mohamed