Punca kaki kebas | Elok-elok duduk bersila, tetiba kita tak rasa apa-apa pun pada kaki kita. Kaki kebas atau sesemut membuatkan kaki kita terasa seperti mati rasa! Apakah punca kaki kebas? Ada banyak sebab kenapa kaki kita kerap kebas atau sesemut ini. Perkara biasa yang terjadi adalah disebabkan kelebihan kolesterol atau lemak jahat yang ada dalam kaki ataupun tangan kita.
Keta
Punca Kaki Kebas


Kenalpasti Punca Kaki Kebas


Ada yang bersifat sementara dan ada pula yang berpanjangan. Kaki kebas yang berpanjang dikaitkan dengan keadaan kesihatan tubuh kita. Mungkin kita ada mengalami masalah penyakit diabetis, buah pinggang, penyakit hati, strok, tumor otak, ketidakseimbangan hormone dan sebagainya.

Alamak, takutnya! Mudah-mudah kita semua dijauhkan daripada segala penyakit sebegini. Sebenarnya sesekali, sis ada juga rasa kebas kaki nie. 

Yang tak tahan tu, kalau kena time tengah lena tidur. Tetiba jer.. diserang kebas kaki nie. Uihh.. sakitnya Tuhan jer tahu. Lagi-lagi bila disentuh! Rasa nak terajang orang pun ada! Hahahhaa...

Bila dah selalu sangat kena masalah kaki kebas nie, sis pun carilah info-info apa penyebab yang menyebabkan kaki kebas. Jadi, sis share ler apa yang sis tau melalui pembacaan tersebut.

Punca Kaki Kebas Atau Sesemut


Berikut ini beberapa penyebab atau punca kaki kebas atau sesemut:

1. Kaki kebas terjadi ketika ada bahagian tubuh yang mengalami tekanan dalam tempoh yang lama. Ini adalah kerana pengaliran darah ke saraf di kaki menjadi terganggu sehingga menyebabkan terjadinya sesemut.

2. Kaki kebas ketika duduk bersila, boleh reda dengan sendirinya apabila kita membebaskan kawasan tersebut daripada sebarang tekanan. Jadi, luruskan kaki supaya pengaliran darah kembali lancar.

Baca Juga: Cara Mengatasi Sembelit

3. Selain tekanan, penyakit ‘Raynaud’ juga dikatakan mempengaruhi pengaliran darah ke kawasan tertentu tubuh seperti jari-jari tangan dan kaki sehingga menyebabkan terjadinya sesemut. Selalunya penyakit ini menyerang di saat kita sedang stress, cemas atau berada di ruangan yang bersuhu sejuk.

4. Ketika tubuh mengalami dehidrasi dan hiperventilasi iaitu di mana kita bernafas dengan terlalu cepat.

5. Kekurangan vitamin. Vitamin E, B1,B6 dan B12 amat diperlukan untuk menjaga kesihatan saraf.Kekurangan vitamin B12 juga boleh menyebabkan anemia pernisiosa. 

Sungguhpun begitu, jika terlalu banyak vitamin B6 dalam tubuh juga boleh menyebabkan rasa kebas kaki dan juga di tangan.



Punca Kaki Kebas

Cara Untuk Mencegah Masalah Kaki Kebas


1.Perbaiki pengaliran darah di bahagian tubuh yang kebas atau sesemut, dengan cara menggerak-gerakkan bahagian yang kebas perlahan-lahan atau mengurut-urutnya.

2. Bersenam secara teratur.

3. Berhenti merokok.

4. Pengambilan makanan yang sihat.

5. Sentiasa menjaga berat badan yang ideal.

6. Berusaha mengawal dan mengubati penyakit kronik yang dihidapi, seperti diabetis dan buah pinggang.

Itulah beberapa punca kaki kebas dan juga cara untuk mencegahnya yang boleh dipraktik.Semoga artikel ini bermanfaat.