Looking For Anything Specific?

Header Ads

6 Pantai Di Selangor Yang Boleh Kita Terjah Hujung Minggu Ini!

Pantai Di Selangor

Dah ada plan hujung minggu nie?Jom tenangkan diri dengan menikmati suasana laut. Ada 6 pantai di Selangor yang boleh kita terjah di hujung minggu nanti. 

Negeri Selangor kini telah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara. Sis yakin, ramai  yang mencari-cari destinasi percutian untuk dikunjungi bersama rakan-rakan atau ahli keluarga, khususnya bagi melepaskan rindu terhadap keindahan pemandangan matahari terbenam. Apatah lagi, la nie kita semua dah boleh merentas negeri. 

So apa lagi, inilah peluang terbaik untuk kita semua kembali bersantai bersama keluarga tersayang. Lega-legakan otak sikit setelah sekian lama terperap di rumah. Korang yang dah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 tentulah seronok sebab hanya 'geng lengkap' sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pelancongan di Negeri Selangor dalam Fasa ini. 

Berikut adalah pantai di Selangor yang boleh masuk dalam list korang. So rancanglah percutian hujung minggu nanti dengan sebaiknya. 

Pantai Di Selangor
Credit Photo: Remis Beach, Kuala Selangor by MDKS @ IG

1. Pantai Remis, Kuala Selangor

Pantai Remis terletak 20km di bahagian selatan Daerah Kuala Selangor iaitu, iaitu di mukim Jeram. Ia dikatakan ‘kembali bernyawa’ ekoran pengumuman kemasukan Negeri Selangor dalam Fasa 3. 

Pantai Remis merupakan salah satu lokasi eko-pelancongan yang semakin digemari oleh orang ramai. Pantai Remis sentiasa dibanjiri dengan pengunjung yang ingin menjamu keenakan makanan laut segar seperti ikan bakar, kerang rebus dan kerang bakar sambil bersantai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. 
 

Pantai Di Selangor
Credit Photo: Kelanang Beach, Banting by nohanisothman @ IG

2. Pantai Kelanang, Banting

Jom terokai apa yang istimewa di Pantai Kelanang, terletak tidak jauh daripada Pantai Morib! Pantai Kelanang menyajikan kepada anda pemandangan indah laut Selat Melaka yang dikelilingi oleh pohon-pohon kayu bakau dan pokok ru. 

Pantai ini juga memberikan kepada anda pemandangan matahari terbenam yang indah diiringi deruan angin yang nyaman sesuai untuk menerbangkan layang-layang tinggi di udara. Sekiranya korang membawa anak kecil, usah risau kerana fasiliti seperti taman permainan disediakan di sini untuk keseronokan anak-anak! 


Pantai Di Selangor
Credit Photo: Cunang Beach, Kuala Langat by st.cam @ IG

3. Pantai Cunang, Kuala Langat

Mungkin tidak ramai yang menyedari kewujudan Pantai Cunang, tempat yang agak tersembunyi namun amat menakjubkan ini terletak di Tanjung Sepat. 

Pantai Cunang adalah pantai dengan pasir yang memutih sepanjang kawasan hutan bakau. Pantai Cunang adalah kawasan rehat tradisional yang diusahakan oleh masyarakat peribumi Mah Meri. 

Pantai Cunang kini telah berubah menjadi salah satu destinasi pelancongan Negeri Selangor, dimana ianya dihiasi dengan rumah-rumah tradisional, hiasan berwarna-warni dan juga kedai kraftangan. Selain itu, korang juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti memancing dan berbasikal di pantai ini. 


Pantai Di Selangor
Credit Photo: Bagan Lalang Beach, Sepang by itsukay82 @ IG

4. Pantai Bagan Lalang, Sepang

Terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, Pantai Bagan Lalang yang terletak di Daerah Sepang seperti yang diketahui ramai, adalah tempat percutian pandai kegemaran seisi keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan waktu air surut pada siang hari di mana korang boleh berjalan ke tengah laut sehingga 400 meter jauhnya. 

Waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk anak kecil anda melihat anak-anak ketam berkeliaran di atas pasir. Pantai ini juga sangat popular dengan aktiviti bola tampar, bola sepak pantai dan barbeku. Ia tentunya pantai yang harus dilawati kepada yang gemar menikmati ketenangan air laut!


Pantai Di Selangor
Credit Photo: Redang Beach, Sekinchan kelvinchanphoto @ IG

5. Pantai Redang, Sekinchan

Sekiranya korang berada di Daerah Sabak Bernam serta inginkan kelainan dari pemandangan sawah padi yang terkenal di sini, apa kata rasai sendiri pengalaman melihat kehidupan masyarakat nelayan di kawasan ini pula? 

Apa yang lebih menyeronokkan, Pantai Redang sangat dekat dengan beberapa restoran makanan laut, di mana anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan laut yang pastinya segar! Kemudahan rekreasi juga tersedia kepada para pengunjung seperti bangku dan gazebo untuk anda berehat. 


Pantai Di Selangor
Credit Photo: Morib Beach, Sepang by mokkay_ @ IG

6. Pantai Morib, Banting

Korang tahu tak,  Pantai Morib memiliki garis pantai sepanjang kira-kira 3 kilometer? Pantai Morib ini terletak di Daerah Kuala Langat dengan pemanduan tidak lebih daripada 1 jam dari Daerah Klang. Pantai ini amat popular dengan aktiviti pantai seperti bola sepak pantai, bola tampar dan layang-layang. 

Selain itu, korang juga boleh mengutip cengkerang atau anak ketam yang berkeliaran sementara menunggu air pantai surut. Ianya sememangnya sebuah lokasi yang amat sesuai dikunjungi bersama insan tersayang!

Baca Juga: Mesti Pergi! 5 Kedai Kopitiam Sekitar Selangor  

Nikmati Pemandangan Laut Yang Luas

Tentu ada yang tak sangka, kan Negeri Selangor pun mempunyai pantai yang cantik untuk kita bersantai-santai pada hujung minggu bersama keluarga ataupun kengkawan. Kita bukan jer boleh 
menikmati pemandangan laut yang luas. Malahan boleh menggunakan kemudahan yang tersedia di pantai tersebut. 

Apapun, korang jangan lupa untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, terutamanya ketika memasuki premis-premis di Negeri Selangor.

Untuk maklumat lanjut korang boleh juga  layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan  ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.

Okay, selamat memilih destinasi percutian 6  pantai di Selangor. Tak mahu ke Pantai Remis, boleh ke Pantai Kelanang, Pantai Cunang, Pantai Bagan Lalang, Pantai Morib ataupun ke Pantai Redang Sekinchan. Horaaa Horeeyyyyyyy!!!


Sekian dulu. Jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed
















Post a Comment

0 Comments