www.aniemohamed.blogspot.com


Sempena Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban nanti korang beraya di mana? Andaikata tak pulang berhari raya ke kampung halaman, apakata raikannya di Restoran Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.

Nikmati kemeriahan Aidiladha bersama insan tersayang dengan menikmati hidangan bufet minum petang yang lazat. Antara menu raya yang ditawarkan ialah Lemang, Ketupat Palas, Nasi Impit with Kuah Kacang & Serunding Ayam, Corn & Shrimp Salad with Lemon Dressing, Fish & GrapeSalad with Yogurt Dressing, Beef &Edamame Salad with Teriyaki Mayo, Couscous & Grill Vegetables Salad with Olive Oil, Popia Basah Udang Geragau dan Tauhu Sumbat Kuah Kacang.


www.aniemohamed.blogspot.com


Wow! Bagi menambah selera turut disajikan hidangan utama iaitu Mandy Rice, Kambing Briyani, Wok Fried Lala Szechuan Sauce, Seafood Hokkien Noodle, Rendang Tok Perak, Ayam Masak Merah Delima, Breaded Fish Fillet with Lemon-Mayonaise dan Satueed Green Vegetables.

www.aniemohamed.blogspot.com

www.aniemohamed.blogspot.com

Bagi yang menyukai pilihan menu masakan Barat, jangan risau kebab di Restoran Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam ini turut menawarkan hidangan enak seperti Mustards Rub Leg of Lamb with Mushroom, Roasted Vegetables and Baked Cheesy Potato, Creamy Bean Stew Mushrooms and Satueed Green Vegetables.

Yang bestnya di stesen menu barat yang lain, korang boleh melihat sendiri bagaimana chef memasak pasta dengan beberapa pilihan sos.Serius… memang menarik!

www.aniemohamed.blogspot.com

Jika korang penggemar makanan Jepun dan Cina, jangan lupa untuk mencuba hidangan seperti Sashimi and Octopus, Tempura Mariowase, Seafood and Vegetable, Pau and Dim Sum with varieties filling Red Bean, Kaya Bun, Coconut Bun, Sambal Ikan Bilis, Dim Sum Siew Mai, Har Kow, Prawn Leaf Dumpling dan Jade Crystal Bun.

www.aniemohamed.blogspot.com

Manakala menu pencuci mulut pula korang bakal disajikan dengan beberapa hidangan manis, seperti Chocolate Lamington, Mango Cheese Cake, Salted Crème Caramel, Custard Éclair, Black Forest, Malay Kuih, Assorted Agar-Agar, Bubur Chacha dan juga Chocolate Fountain.


www.aniemohamed.blogspot.com

Bufet Hi-Tea Aidiladha di Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites

Harga: RM 115.00 bersih (Dewasa),

RM 65.00 bersih (Kanak-Kanak 6-12 tahun)

Tarikh: 10 Julai 2022 (Ahad)

Masa: 2.30 petang – 6.00 petang

Tempat: Restoran Royale Songket, Aras Lobi, Mardhiyyah Hotel & Suites

· Digalakkan membuat tempahan awal dan jika mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-55118811 samb. 2612 (Restoran Royal Songket) atau 019-2616847.

· Semua menu disahkan Halal oleh JAKIM & JAIS.

Maklumat lanjut layari laman web: www.mardhiyyahhotel.com dan Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter &Youtube): @mardhiyyahhotel 


www.aniemohamed.blogspot.com


Okay, Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Menjamu Selera!

Lurve,
Sis Anie Mohamed