Nescafe Dairy Free Almond Latte & Oat Latte Rendah Lemak & Bebas Kolesterol


www.aniemohamed.blogspot.com

Korang tau tak yang Nestle kini keluarkan lagi rangkaian minuman berasaskan tumbuhan. Ada Milo dan Nescafe Dairy Free Almond Latte dan Oat Latte. Semua tu sedap, rendah lemak dan bebas kolesterol.

Memandangkan sis memang tercari-cari minuman yang renah lemak serta bebas kolesterol. Kebetulan Nestle ada tawarkan minuman terbarunya Milo dan Nescafe, dalam versi tanpa tenusu, jadi sis pun cubalah. Bila dah try, kena pula dengan citarasa sis. Tu yang sis cakap sedap!

So, korang try la mana tau citarasa kita sama! Rangkaian minuman Nestle Dairy Free tersebut diperbuat daripada ramuan berasaskan tumbuhan dan tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan. Komponen susu telah digantikan dengan sumber protein seperti badam, oat, kacang soya dan kacang pea. Disebabkan ia berasakan tumbuhan, jadi ia sesuai dinikmati oleh semua termasuklah mereka yang menghadapi intoleransi laktosa.

Selain itu ia juga rendah lemak serta bebas kolesterol. Sajalah nak bagi tau korang juga yang minuman Nestle Dairy Free ini turut memenuhi kriteria logo Pilihan Lebih Sihat. Bermakna kandungan gula dan lemaknya adalah lebih rendah berbanding produk lain dalam kategori minuman kopi.Bagi yang nak diet tu, maybe boleh try beralih untuk minum yang nie.

Rangkaian minuman Nestle Dairy Free kini terdapat dalam varian dan format berikut: MILO Dairy Free Badam (UHT 1L dan PET 225ml), NESCAFÉ Dairy Free Badam Latte (UHT 1L dan PET 225ml) dan NESCAFÉ Dairy Free Oat Latte (PET 225ml).

Korang boleh jer carinya kat Jaya Grocer, Village Grocer dan AEON. Nak cari kat Shopee pun boleh.

Okaylah, sekian dulu catatan sis ya. Sampai jumpa lagi.

www.aniemohamed.blogspot.com

Lurve,
Sis Anie Mohamed











Post a Comment

0 Comments