www.aniemohamed.blogspot.com


Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ, anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) telah dilancarkan dalam suasana yang cukup meriah di Sub-Court AEON AU2 Setiawangsa Kuala Lumpur. 

Pelancaran kempen tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Kempen Year End Zakat (YEZ) 2022 bermula semalam, 26 November, 2022 hingga 31 Disember 2022 dengan tema Memberi Tanda Syukur.

www.aniemohamed.blogspot.com

Pelbagai aktiviti menarik yang telah dianjur sepanjang kempen ini dan di majlis yang sama turut diadakan penyerahan zakat perniagaan oleh beberapa syarikat, sumbangan Bakul Rezeki kepada 10 orang asnaf yang hadir.

www.aniemohamed.blogspot.com


Sumbangan berbentuk Bakul Rezeki itu terdiri daripada barangan kering seperti beras, minyak, maggi dan sebagainya bernilai RM100. Nilai sumbangan keseluruhannya adalah sebanyak RM10,000 telah diberikan kepada 100 asnaf di Kawasan PPR sekitar Setiawangsa Kuala Lumpur.






www.aniemohamed.blogspot.com
Rebutlah hadiah menarik yang ditawarkan bersempena Kempen Year Enda zakat 2022 (YEZ)

Apa yang bestnya, para pembayar yang menunaikan zakat sepanjang kempen ini berlangsung ,berpeluang untuk memenangi lebih 500 hadiah menarik. Pemenang akan dipilih melalui cabutan secara rawak tertakluk terma dan syarat. 

www.aniemohamed.blogspot.com

Bersempena dengan kempen YEZ 2022 ini, PPZ-MAIWP turut mengadakan program dan pengisian yang merik untuk para pembayar zakat antaranya seperti program turun padang, ZakaTalk, CEO Talk, Istimewa 12.12 dan banyak lagi. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan lagi kempen ini.

Untuk hari semalam, penampilan istimewa Tyzo, Cik Piah & Lah Ahmad. Dapatlah tengok Tyzo dan Cik Piah berceletoh serta menyaksikan persembahan nyanyian Lah Ahmad. Lantunan suaranya masih memukau giteww! 

Untuk hari ini, ada pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Meet & Greet Omar Hana & Ustaz Amil serta kuiz dan cabutan bertuah. Cepat datang ok!

www.aniemohamed.blogspot.com
Lah Ahmad persembahan dua lagu buat pengunjung yang hadir
www.aniemohamed.blogspot.com

Penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM532,350.11 daripada Felcra Processing &  Engineering Sdn Bhd - RM375,220.38 dan Kop. Jaya Murni Wanita Bhd - RM157,129,73



www.aniemohamed.blogspot.com

Salah seroang daripada 10 asnaf yang hadir menerima sumbangan di majlis pelancaran Kempen YEZ 2022.


Berikut adalah antara perkhidmatan dan kemudahan bayaran zakat yang disediakan:

1. 10 Kaunter PPZ-MAIWP

Dimana bayaran zakat boleh dilakukan di 10 kaunter PPZ-MAIWP sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sepanjang Disember ini, kaunter akan dibuka 7 hari seminggu bermula 8.15 pagi hingga 4.45 petang.

Friday+

Istimewanya pada tahun ini,PPZ-MAIWP akan melanjutkan waktu operasi kaunter pada setiap hari jumaat sehingga 9 malam. Bukan itu sahaja, 30 pembayar terawal di setiap kaunter pada hari jumaat akan mendapat baucar KFC bernilai RM 10.


2. Portal PPZ-MAIWP & Aplikasi MYZAKAT

Pembayar zakat juga boleh membayar zakat secara dalam talian melalui www.zakat.com.my atau diaplikasi MyZakat yang boleh dimuat turun di Google Play dan Apple Store. Pembayar juga boleh kira,bayar dan juga semak rekod bayaran.

3. Ejen-Ejen Kutipan Zakat

Pembayar zakat juga boleh dibuat melalui ejen-ejen rasmi yang telah dilantik oleh PPZ-MAIWP iaitu melalui perbankan internet ,portal online,e-wallet ,kaunter-kaunter bank dan pos.

4. Zakat+ @MYTEMUJANJI

Zakat+ @MYTEMUJANJI berperanan sebagai 'one stop centre' bagi memberi pilihan kepada para pembayar zakat menetapkan temujanji bagi perkhidamatan iaitu Kaunter Zakat Digital, Kaunter Zakat Bergerak, Door to Door & Ride2U. Untuk tempahan,pembayar boleh melayari link portal di https://mytemujanji.zakat.com.my/

5. Talian Zakat

Nilai tambah baharu yang mana pembayar zakat bukan sahaja boleh membuat pertanyaan dan taksiran zakat, malah dengan hanya satu panggilan ke 1 300 88 57 57 pembayar juga boleh menunaikan zakat

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman turut menyatakan bahawa program serahan zakat perniagaan dan sumbangan zakat kepada asnaf dalam majlis ini menunjukkan kepada masyarakat dengan jelas tentang kitaran daripada pengeluar zakat kepada pemanfaat zakat yang berhak. Di mana zakat yang ditunaikan menyumbang kepada pembangunan asnaf dan ekonomi masyarakat Islam.

Dalam keadaan situasi negara yang sedang mengalami krisis ekonomi kita masih diberi rezeki untuk membantu mereka yang memerlukan dan ini adalah apa yang didalam ajaran Islam mahukan- dalam ada rezeki kita tetap ada pada rezeki orang lain.

Nak tahu lebih lanjut tentang Kempen YEZ 2022 boleh layari :

http://www.zakat.com.my/yez2022/

Sekian sahaja dan selamat menunaikan zakat, semoga kehidupan kita jadi lebih bererti!

Lurve,
Sis Anie Mohamed
www.aniemohamed.blogspot.com