Minggu yang penuh dengan kesibukan dan juga stress. Setiap orang punya cara tersendiri untuk refreshing atau melepas stress.  Ada yang melepaskan stress tu dengan cara naik angin tak tentu fasal,  tidur sepanjang hari, makan banyak-banyak, maraton menonton movie, mendengar muzik, chatting, browsing, mengaji Al-Quran dan sebagainya.

Aku melepaskan stress dengan cara yang bagaimana ek? Hurmm... memasak dan membuat biskut kot! Tak kisah sedap ke tak sedap.. tak kisah  jam berapa.. Tak kisah hari apa... asalkan ada permintaan, boleh sahaja. Tanpa kenal erti penat, menjadi sahaja aku memegang senduk dan periuk! Lagi best kalau sambil memasak tu diiringi dengan alunan muzik. Mahu aku tak menggoyangkan pinggul hahaha...

Apa pun itu adalah lebih baik kan... daripada mengamuk tak tentu hala atau melepaskan kemarahan kepada orang lain. Owh... cuti  yang ku ambil untuk beberapa hari ini mahu ku manfaatkan sebaik mungkin. Mudah-mudahan tiada yang mengganggu. Berilah aku kedamaian buat seketika untuk menikmati saat-saat manis bersama insan tersayang yang selama ini agak kurang mendapat perhatian disebabkan tuntutan kerja yang melimpah ruah. I lurve u guyz... but I lurve u too... oh my job!! Hehehe....


Ok, selamat berhujung minggu dan semoga hari sok, lusa dan seterusnya bahagia itu sentiasa menjadi milik  kita. Adios!!