Membaca keratan akhbar yg memaparkan kisah bekas model, yang dikatakan merupakan wanita Malaysia ketiga bergambar dalam majalah Playboy Filipina, membuatkan aku tersentak. Apatah lagi, tertera perkataan... Bekas finalis Dewi Remaja 2005/06.  Owhhh.... betul lah ... gadis itu... Felixia!

Sebelum ini, aku pernah terbaca kisahnya namun tak ambil 'port' sangat walaupun dalam hati berbisik, wajah gadis itu amat familiar sekali. Tapi di mana ya?

Akhirnya segalanya terjawab... lama sungguh tak jumpa dengan Felixia. Aku tak pasti sama ada dia masih mengingati aku...kakak kecik ini... Hahaaa... hahaha....  Selepas tamat PDR, musim itu kami terputus hubungan. Cerita sensasinya ini kembali mengingatkan aku kepada gadis Ipoh... tinggi... kurus... berambut panjang (waktu itu), putih dan punya semangat yang tinggi untuk berjaya dalam bidang peragaan. Cerita terakhir yang aku perolehi waktu itu, Felixia aktif dalam bidang modeling di Taiwan. Itu sahaja....

Kalau ada kesempatan, aku mahu berjumpa dengannya. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui niat murninya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mudah-mudah kita semua memberikannya sokongan dan tidak membuangnya seperti sampah... yg tidak bernilai... yg tidak tahu di mana mahu diletakkan... sama ada di tong plastik, kaca... atau pun kertas!!