Dah lama x buat tugasan mencabar dan kerja giler! Kesempatan yang ada tak mungkin disia-siakan begitu sahaja. Kebetulan event kali ini di Johor, memang cantik sangatlah. Perasaan ingin tahu dan ingin melihat sendiri keadaanVilla Nabila yang terus hangat diperkatakan itu. Semuanya gara-gara setelah remaja berusia 16 tahun itu dikatakan telah diculik oleh mahkluk halus- penunggu vila tersebut pada 16 Nov,2013. Sedangkan hakikatnya, remaja tersebut 'cool' sahaja di rumah seorang kawannya! 

Dengan bantuan kenalan, juga merupakan wartawan yang pernah terlibat dalam membuat liputan kisah ini, kami telah dibawa menjelajah ke Villa Nabila yang terletak menghadap Selat Tebrau. Tidak pedulikan hari sudah melewati petang, hujan renyai yang membasahi bumi, kami  tetap bersemangat meredahinya. Sepanjang perjalanan terkumat-kamit mulut membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pelindung diri. Moga-moga tiada lah sesuatu yang buruk bakal menimpa kami semua. Alhamdulillah, kami semua ok dan tugasan tersebut berjalan lancar. 


 Gambar pertama- Villa Nabila
Gambar kedua- Villa Doctor
        Gambar ketiga- Christian's Palace 


Ketiga-tiga buah rumah tersebut berdekatan di antara satu sama lain. Villa Nabila bahagian tengah dan diapit oleh Villa Doctor(kanan) dan Chirstian's Palace(kiri). Semuanya terbiar usang dan tidak berpenghuni. Pelbagai versi cerita yang kami dengar berkenaan ketiga-tiga buah rumah ini, dan tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran cerita tersebut. Sehingga kini misterinya masih tidak terungkai!

Memandangkan azan Maghrib hampir berkumandang, jadi kami pun mengakhiri misi melihat sendiri Villa Nabila, Villa Doctor dan Christian's Palace itu. Salakan anjing kedengaran membuatkan kami ingin segera pergi dari situ!