Dari dulu hingga ke hari ini... aku tetap jenis yang simple sahaja orangnya. Sempoi... selamba... maybe kadang-kadang mungkin nampak selekeh .. ‘selebet’... or apa-apa ajelah. Tapi aku tak kisah pun, sebab bagi aku, simple is easy!  Yang paling penting, aku pakai pakaian terbaik yang mampu buat aku rasa selesa .

Lagipun bagi aku penampilan bukanlah segala-galanya. Biarlah orang nak komen apa sahaja tentang apa yang aku pakai... tak kisah pun.... Kalau setakat penampilan kita sahaja yang nampak menarik dan ‘vasss’ dari sisi fizikal sahajanya tanpa diiringi dengan keperibadian yang elok, hurmmm... berguna juga kan. 

Jadi janganlah cepat terpedaya atau membuat tafsiran tentang penampilan seseorang yang kita lihat itu. Sebab penampilan sering kali menipu! Cubalah toleh ke kiri dan kanan, nilailah sendiri.  Orang yang yang berpakaian selekeh... sempoi serta jarang bersikat rambut macam aku nie belum tentu berhati busuk!  (Hihiiii... hiihii....) Sebaliknya, mereka yang tampil hebat, berwajah tenang itu juga belum pasti baiknya. Silap hari bulan, mereka-mereka itulah yang paling teruk. 

Apa pun... jalan terbaik cubalah kenali seseorang itu dari hatinya, bukan daripada penampilan luarannya sahaja. So, cubalah kenal hati budi aku dahulu sebelum membuat tafsiran yang bukan-bukan apabila melihat lagak gaya ku yang sering dikatakan tak ubah seperti budak sekolah! 

Ok, chaw!!!