Geram pula tengok jerawat yang tiba-tiba muncul di wajah. Selama ini mana pernah macam nie... keluar habis-habisan pula bintik-bintik halus di sana- sini muka. Dah lah tu tangan nie tak habis-habis nak menyentuh muka.. usik... picit..garuk tang jerawat tu. Huwaaa....besok pagi bangun tidur muka mesti nampak hodoh! 
Adoi... kenapa pulak jerawat singgah kat muka nie? Tak sukalah! Sebab apa erk? Hurrmm... nak kata aku tak bersihkan muka, tak pula. Lagipun aku bukan jenis perempuan balik-balik kerja jer terus humban diri di atas katil dan zzzzz., tanpa membersihkan diri. Sebab apa nie... period? Juga tidak... Hurmm... sah-sah lah sebab stress!
Mana taknya dalam seminggu ini hidup aku telah dilanda badai. Jadi, tidur pun tak lena, makan pun tak lalu! Semuanya cukup menekankan... Jadi, hasilnya muka aku dipenuhi jerawatlah! Whoa! Nie boleh buat aku lagi stress! Huhuhu....
Okay-okay, aku tak nak muka aku nampak hodoh macam nie. Jadi, jom tidur... lupakan apa sahaja yang menganggu fikiran (tak pasti boleh ke tak, tapi aku akan terus mencubanya!).
Akhir kata....  selamat malam dunia!