Kegagalan hidup tidak mematahkan semangat adik kepada Jessica Simpson ini untuk melayari kehidupan berumahtangga buat kali yang kedua. Penceraiannya dengan Pete Wentz, tidak dijadikan alasan bagi Ashlee untuk kembali mengecap bahagia.

Keputusannya untuk bertunang dengan kekasihnya, Evan Ross membuktikan dia juga mahu bahagia dengan kehidupan barunya. Kegembiraan Ashlee turut dikongsi bersama peminat dengan menghebahkan berita gembiranya itu di akaun Twitternya.

Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana bahagia itu memang milik mereka berdua! Tahniah!