Kebelakangan ini jiwa memang terasa amat kosong... kalau sebut jer opiz, alahai... boleh patah mood! Memang teruk sekali! Tapi, dalam pada itu aku harus bersyukur. Dari hari ke sehari, kian jelas hikmah yang tersurat di sebalik semua yang berlaku.

Pagi ini, dikejutkan satu berita, seorang kenalan telah kembali kerahmatullah. Kembali ke sisiNya yang abadi. Al-Fatihah, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Ameen.
Serta merta, aku bertanya kepada diri aku sendiri. Bagaimana jika sekejap lagi, petang nanti, malam ini, besok atau lusa... atau bila-bilalah, aku jua akan lenyap di dunia ini? Aduh! Terus terfikir banyak perkara yang telah aku lakukan di dunia ini.. Selama bertahun-tahun aku diberikan kesempatan tuk hidup! Tuk membetulkan segala kesilapan serta kekhilafan yang telah aku lakukan... Tapi, apa yang telah aku buat???

Sesungguhnya kita tidak tahu, bila kita akan mati. Tapi, kita boleh membayangkan, betapa ajal datang tanpa kita tahu bila, di mana dan bagaimana... Owhh... sumpah aku takut! Semoga Allah terus memberikan aku petunjuk-Nya dan membimbing aku ke jalanNya hingga ke akhir nafasku ini.

Saat-saat begini juga, aku ingin melakukan perbuatan yang baik di saat sesiapa sahaja telah atau pernah melukai hati ini. Aku tahu, ia tidak mudah... kerana setiap tulang di dalam tubuh ini ingin membalas kejahatan dengan kejahatan juga. Namun, aku tidak akan letih untuk cuba memujuk hati ini agar melepaskan luka itu.

 Moga-moga Allah dapat melepaskan hati yang hitam ini daripada tuntutan sakit hati  ini serta menyingkirkan hakku untuk membalas dendam atau mendoakan yang tidak baik kepada mereka-mereka itu. Biarlah Allah sahaja yang menjadi hakim yang tidak memihak!