* Jika Aku Memilih Untuk Jadi Pondan!

Tajuk muka depan sebuah akhbar hari ini "Permata Yang Hilang" yang mengisahkan kekesalan serta keinsafan hidup seorang lelaki yang telah menukar jantinanya benar-benar menarik perhatian aku untuk terus menghayati cerita tersebut. 
Secara automatik juga, aku mula terbayangkan wajah-wajah 'perempuan jelmaan' atau pondan-pondan yang aku kenali. Bekerja dalam dunia penerbitan mendedahkan aku lebih banyak mengenali rentak lagu insan-insan sebegini.


Mengikut pemahaman aku, secara lahiriahnya pondan ini adalah lelaki! Namun, jiwa mereka seperti wanita, dan ingin hidup sebagai wanita! Bahkan ada yang mahu kelihatan lebih sempurna, lebih hebat dan lebih segala-galanya daripada wanita sejati!
Kenapa mereka boleh jadi macam tu? Hurmm... kesimpulannya banyak perkara yang menyebabkan ia terjadi. Mungkin disebabkan masalah hormon, pengaruh persekitaran, pergaulan, trauma atau mungkin juga kerana tuntutan profesion. Wallahu a'lam
'Dunia Pondan' ada bermacam-macam ragamnya. Sama juga dengan kehidupan kita sebagai manusia normal. Mereka juga tidak lepas daripada sifat dengki dengan kelebihan orang lain mahupun sesama sendiri.
Apa yang terjadi kepada seseorang yang layak untuk aku gelar sahabat beberapa tahun yang lalu turut mengajar aku, bukan semua pondan jahat. Dan bukan semua pondan itu berhati mulia seperti arwah sahabatku itu. Namun aku terpaksa akui... hakikatnya, terlalu sukar untuk bertemu dengan pondan-pondan yang baik hati budinya!
Apapun pondan juga manusia biasa dan lelaki tetap lelaki! Sekalipun sudah tumbuh 'nasi lemak'...  lima puluh sen, dua puluh sen ataupun seringgit! Manakala soal selama mana dia mahu menjadi pondan... memilih untuk hidup dalam tubuh wanita, hanya dia dan Allah sahaja yang mampu menyelesaikannya!