Blacky Cupcakes!
Moist Cake
Setiap orang pasti memiliki pelbagai masalah dalam hidupnya.Semakin berat dan banyaknya masalah yang dihadapi menyebabkan seseorang itu dihambat depresi.
Sebenarnya itulah yang sedang aku alami, hampir tiga minggu ini. Segala-galanya cukup menekankan!Hinggakan aku sendiri rasa menyampah melihat diri sendiri, merasakan semua semangat dan harapan aku sudah hancur dan tidak boleh diperbaiki lagi!
Depresi ini sebenarnya boleh diatasi dengan cara yang sederhana dan semulajadi. Tapi, bila bercakap memang mudah kan... terus-terang aku cakap, aku mampu cool sebegini rupa di saat tidak berada di situ.. lokasi itu...Sedikit sebanyak rasa depresi dapat aku kawal.Sedaya upaya aku akan cuba dekatkan diri dengan insan-insan yang aku sayangi dan Tuhan. Selebihnya.. aku cuba untuk terus tersenyum...ketawa... kerana bagiku ia juga merupakan ubat untuk meredakan depresi ini.
Macam hari ini, aku lakukan apa yang selama ini aku suka buat setiap kali dilanda stress deadline. Aku akan memasak! Buat kek... biskut... atau apa sahaja makanan yang menjadi kegemaran keluarga.
Hari ini aku buat cupcakes yang sengaja aku berikan nama 'Blacky Cupcakes' dan juga 'Moist Cake'. Hambeeekk koooo... dua jenis sekali aku belasah membuatnya. Aku lalui hari ini dengan penuh santai... selain cuba untuk terus membina kekuatan serta ketabahan diri.
Memang sukar tapi aku tidak pernah berputus asa untuk mencubanya.Aku juga akan cuba untuk tidak lagi menyalahkan keadaan atau orang kerana aku harus terima kenyataan bahawa hidup di dunia sementara ini sahaja dan sentiasa penuh dengan tekanan dan ragam manusia. Biarlah Tuhan sahaja mengadilinya kerana aku percaya mata Tuhan sentiasa tertuju pada orang-orang yang jujur.Lagipun jiwa aku akan terus parah jika berterusan meratapi apa yang sudah tersurat.
Untuk hari esok dan seterusnya.. aku akan terus berjuang dan berjuang.. Sebab aku dah ada target aku sendiri! Aku tahu aku masih punya kesempatan untuk memperbaiki diri di masa depan dan tidak sesekali akan ku biarkan diri ini terus tenggelam ke dalam masa lalu yang buruk. Cukup-cukuplah hati aku yang telus dan jujur ini dipermainkan oleh manusia-manusia yang tidak jujur, sentiasa dengki,hipokrit dan pentingkan diri sendiri.
Aku yakin, masa depan yang bakal aku tempuhi adalah kesempatan terbaik.Aku sudah nampak hikmahnya di sebalik semua yang telah berlaku.Chewah! Semoga Tuhan mempermudahkan 'permintaan terakhir' aku itu. Ameen!


0 Ulasan