Whoa... selalu aku post story sal 'retis-retis' je... Kita beralih cerita seketika ya. Nak bercerita tentang pagi yang indah dan penuh makna ini. Pagi-pagi lagi semua dah bangun.Tiga hero nie nampaknya cukup bersemangat untuk menyertai perarakan Maulidur Rasul 1435H, anjuran Surau As Salam. Kebetulan dua hero memang ke sekolah tahfiz pada sebelah pagi sebelum ke sekolah akedemik pada sebelah petang. Begitulah rutin harian mereka setiap hari sesi persekolahan.

Walaupun Momma mereka nie sedikit 'ting tong', sekurang-kurangnya tetap tak lupa untuk menerapkan sedikit sebanyak ilmu agama buat anak-anak sebagai bekalan. Terus-terang, apabila menyaksikan mereka berarak sambil berselawat ke atas Nabi, serta merta hati yang sedang depresi ini terus menjadi tenang. 

Ternyata ada hikmah di sebalik dugaan dan musibah itu.Dan aku sendiri tidak malu-malu lagi untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah Yang Maha Mendengar, agar terus diberikan kekuatan untuk melalui saat-saat getir ini. Tetapkanlah hati ini agar terus yakin bahawa apa yang telah ditetapkanNya itu adalah yang terbaik untuk aku.

Salam Maulidul Rasul, mudah-mudahan kita juga mampu menteladani dan mencontohi akhlak Nabi Muhammad. Ameen...