Patah tumbuh, hilang berganti. Begitulah episod kehidupan yang telah dilalui oleh Katy Perry. Setelah sekian lama menderita setelah bercerai dengan Russel Brand pada tahun 2011, kini Katy kembali bangkit untuk meneruskan kehidupannya.

Kehadiran John Mayer telah berjaya mengubati kelukaan yang sekian lama tersimpan dalam diri Katy. Malahan, akhirnya Katy juga telah menjual rumahnya bersama Russel Brand dahulu. Rumah mewah seluas kira-kira sembilan hektar itu terdiri dari tujuh bilik tidur, sembilan bilik mandi, dianggarkan berharga USD 5,6 juta!

Ternyata Katy mahu melupakan semua kenangan bersama bekas suaminya itu. Dia tidak mahu terus tenggelam dalam kesedihan yang panjang. Sebaliknya berusaha untuk lebih positif dan menghargai dirinya sendiri. Bahkan, Katy sendiri mengakui dalam ramai-ramai lelaki yang dikenali, John Mayer adalah yang terbaik untuknya. Mereka mempunyai banyak persamaan, terutama dalam bidang muzik.

Oklah tu Katy, tak mau sedih-sedih lagi. Cinta akan datang dan pergi dalam hidup kita, namun kasih sayang yang terpahat di hati akan kekal untuk selama-lamanya. Semoga kamu berbahagialah dengan John ya.  Chewah! Haaa..hahaha....