Rambut bermasalah? Bagi aku,  itu perkara biasa dan sesiapa sahaja boleh mengalaminya.  Cuma kalau dah teruk sangat, memang boleh depresi juga. Ya lah… rambut kan mahkota wanita. Sungguh pun begitu, aku bukanlah orang yang suka sangat membelai-belai rambut. Nak bersikat  pun boleh dikira dengan jari. Berapa sangatlah aku lakukan… Setakat usap-usap dengan jari tu adalah, biar nampak kemas dan comel sikit. Hahaha….hahhaa…

Tapi aku suka produk rambut Schwarzkopf nie sejak zaman remaja lagi. Aku berpendapat, ia merupakan produk perawatan rambut yang cukup bagus. Terbaru di pasaran koleksi  Essence Ultimate , mereka menggunakan model Claudia Schiffer.

Essence Ultimate terdiri dari shampoo, perapi, masker, perlindungan warna rambut dan pelbagai jenis perawatan rambut yang berupaya untuk mengatasi masalah rambut.  Ok-ok, jom kita sama-sama cuba!!