"Lelaki tak guna! Satu sen pun tak bernilai! Langsung tak boleh diharap. Tak boleh nak faham!"  
Opssss....  kenapa mesti nak kutuk sampai macam tu sekali. Relaks dulu... tarik nafas.... lepaskan... tarik dan kembali lepaskan... Cool down ok... 
Memanglah binggung jika kita tidak mengenali sifat LELAKI sedalam-dalamnya.  Beberapa fakta di bawah mungkin dapat membantu kita mengenali ragam LELAKI. Apa yang LELAKI suka dan tidak suka...kenapa LELAKI begitu dan kita pula begini.


1. Jika kita merengek...
Biasanya orang lelaki akan jadi lebih binggung serta tak tahu nak buat apa. Apatah lagi, jika rengekan itu disertai dengan tangisan. Sebab apa lelaki macam tu, seolah-olah tidak faham dan tidak punya perasaan? Menurut kajian dari Institute of Psychiatry di London pada tahun 2001, kawasan otak yang dipakai lelaki untuk bahasa dan komunikasi jauh lebih sedikit dibandingkan dengan kaum perempuan. 

2. Kenapa lelaki sukar untuk memahami apa yang diperkatakan oleh kita?
Kalau dapat bersembang, biasanya orang perempuan boleh bercerita banyak perkara... dari bab satu ke bab 100 pun boleh! Boleh pakai lima atau enam intonasi yang berbeza-beza bagi setiap topik perbualan. Haa haha... sedangkan lelaki, cuma boleh memahami tiga jenis intonasi dan akhirnya kehilangan makna dari seluruh perbualan tadi. Jadi, jika ingin lelaki memahami apa yang dinyatakan, lebih baik beritahu satu persatu ok! 

3. Kenapa lelaki kemaruk sangat menonton pertandingan bola sepak?
Otak lelaki mempunyai kemampuan yang lebih untuk membayangkan sesuatu dan mampu memikirkan pelbagai trik tentang sesuatu perkara. Dengan menonton bola, secara tidak langsung otak lelaki bekerja untuk berkhayal seolah-olah menjadi pemain dan melakukan teknik-teknik permainan tersebut. Selain itu, mereka juga hebat berfikir... semua perkara yang diperlukan dalam pertandingan tersebut... termasuklah soal kepantasan mengejar dan menangkap bola dengan cepat serta tepat. Hurmm.... so tak hairanlah kalau kita mendengar lelaki terpekik terlolong waktu terjadinya gol, sesuai dengan perkiraan mereka! 

4. Jika sakit, kenapa fizikal lelaki lebih kuat daripada perempuan?
Menurut satu kajian yang aku baca, lelaki biasanya lebih menumpukan pada kesakitan yang dialami dan berusaha meningkatkan daya ketahanannya untuk mengatasi rasa sakit itu. Manakala kaum perempuan lebih kuat memikirkan hal-hal yang berhubungan dengan emosi berkaitan dengan penyakit tersebut. Betul kan... lebih-lebih lagi jika kita sakit dan tinggal sendirian di rumah, dah pasti masa tu kita rasa lebih cemas dan bertambah-tambah sakit! 

Ok, idea dah stuck! Banyak sgt yg menelefon... Nanti kita sambung story ya!
 Adios!