Hari ini mood nak cerita fasal dunia retis macam tak ada plak. Mood nak menulis pun macam tak rancak jer... Suasana hati bermuram durjana! Hahaa... Tapi, mana boleh macam tu kan. Tak best lah... kena semangat... semangat dan semangat!!  Kena serapkan lebih banyak energi positif dalam diri .... Jadi, aku kenalah tulis sesuatu yang boleh memberikan motivasi kepada diri aku sendiri. So... layan......

Bahagia? Ehhh... siapa yang tak nak hidup atau rasa bahagia... kan. Tapi, kadang-kadang disebabkan terlalu banyak masalah... terlalu banyak memikirkan hal-hal yang tak sepatutnya difikirkan atau diambil kisah, hilanglah segala nikmat kebahagiaan itu. Sedangkan kuncinya terletak pada diri kita sendiri!

Paling penting, ciptakan suasana hati yang cool. Perasaan dan suasana hati akan mempengaruhi diri kita. Apabila perasaan tidak tenang, kita pasti akan rasa resah, bosan atau serba tak kena. 
Selain itu hentikan fikiran negatif. Pelbagai fikiran negatif yang muncul di benak akan membuatkan fikiran kita menjadi kacau dan penat. Cuba hapuskan segala perkara yang memberikan efek yang menyakitkan itu. Sebaliknya isilah kepala dengan pelbagai hal yang positif dan menyenangkan hati. Buat apa kita nak bersusah payah membuat otak bekerja untuk perkara-perkara yang tidak penting dan bodoh tu!!!

Nie yang best! Kenapa tidak kita jadi bos untuk diri kita sendiri. Tak perlu nak dengar atau pedulikan kata-kata orang lain yang akan membuatkan kita jadi down sehingga hilang keyakinan diri. So, mula hari ini apa kata jika kita lantik diri kita sebagai bos yang dapat mengatur segala-galanya sehingga tak ada satu pun perkara yang akan mengecewakan diri kita sendiri. Buatlah suasana hidup jadi lebih mudah dan menyenangkan, lagipun hanya diri kita sendiri yang tahu kebahagiaan yang kita impikan.

Jom Masak! Memasak adalah suatu aktiviti yang boleh membuatkan hati jadi gembira. Memasak untuk diri sendiri sebenarnya sama sahaja dengan memanjakan diri seharian di spa kot! Hehheh... yang membezakannya, kita akan menikmati makanan lazat hasil air tangan kita sendiri yang tak kurang hebatnya dari chef hotel bertaraf lima bintang. Huhuhuhu.....