Pada zaman sekarang untuk 'survive in this world' kita mesti ada duit! Kalau tak ada, macam mana kita nak hidup kan... Segala-galanya perlukan duit! Aku pernah dengar satu perumpamaan dan ia masih melekat di fikiran, "Manusia akan mencintai dirinya sendiri dan menjadi hamba duit." - Manusia yang mencipta duit, dan manusia jugalah yang menilai dirinya sendiri dengan duit!
Bahkan kadang-kadang semua perkara buruk yang terjadi dalam kehidupan kita adalah disebabkan duit. Duit yang membuatkan manusia menjadi jahat!Sebab duit, manusia juga sering lupa diri. Sebab duit juga manusia jadi lebih ego. Berlumba-lumba mahu menunjukkan siapa yang lebih bijak, lebih hebat, lebih sukses atau lebih kaya.
Kerana duit juga kita boleh menjadi orang yang munafik. Kita tidak mahu orang lain tahu bagaimana diri kita yang sebenarnya. Di depan orang lain kita cakap A, tetapi di belakangnya kita kata B. Kerana duit juga manusia boleh jadi lupa untuk bersyukur!
Apa sudah terjadi... tetap buat aku jadi lebih bersyukur dan berterimakasihlah atas semua nikmat yang telah aku peroleh selama ini. Aku juga sentiasa yakin dengan janji Allah yang akan melipatgandakan rezekinya bagi orang yang sentiasa bersyukur. Doa di subuh hari ini, semoga kita semua digolongkan menjadi ahli syukur! Ameen!!

0 Ulasan