Lama dah tak dengar cerita pelakon utama filem Harry Potter nie kan. Alih-alih timbul ceritanya yang kini kembali 'single'. Laaaa.... putus cinta lagi! Sebelum nie Emma telah menjalinkan hubungan cinta dengan Will Adamowicz. Mereka bertemu di Oxford.

Khabarnya Emma, penuntut Brown University, Rhode Island ini telah menamatkan perhubungan tersebut kerana terlalu sibuk dengan jadual 'shooting', di samping  ingin memberikan lebih tumpuan terhadap pelajarannya. Kesibukan itu membuatkan mereka jarang bertemu. Jadi, tidak mustahil lama-lamaan cinta mereka pun jadi hambar!

Tak pastilah sama ada, itu cuma sekadar alasan Emma kerana sebelum itu Will telah memuat naik gambarnya bersama sesuatu yang menyerupai seperti kokien. Sedikit sebanyak foto tersebut telah mengundang kontroversi, walaupun Will telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia bukan kokien,sebaliknya cebisan kertas.

Tiada siapa yang boleh menghalang keputusan yang dibuat oleh Emma ini dan kita tunggu sahajalah apa yang akan terjadi seterusnya. Jangan-jangan si Emma nie sudah tertarik dengan lelaki lain kot! Dia pun kan cantik... comel... Hehehe...heheh....