Aku tak kisah kalau tak sempat pakai bedak atau yang lain-lain peralatan makeup, tapi kalau tak pakai lipbalm dan eyeliner rasa macam serba tak kenalah. Bukan apa, aku ada problem sikit kat bahagian mata.  Bukan problem apa pun, setakat mata panda! Hahah... Itulah kan akibatnya kurang tidur... kurang rest... kurang minum air.. and kurang segala-galanya lah! Hahahah..hahahah...

So, saban pagi aku akan bermata panda lah! Untuk menggelakkan raut wajah aku daripada nampak macam orang sakit,  kenalah pakai eyeliner.  Itu pun setelah aku baca satu tips tu, katanya mata penat akan membuatkan penampilan wajah menjadi tidak segar.

Untuk menutupinya, samarkan ia dengan penggunaan eyeshadow dan eyeliner sebagai pembingkai mata.  Itulah ilusi garis yang mampu menyempurnakan mata kita yang sembap jika rasa-rasa malas nak memakai eye concealer.

Jika terlebih rajin untuk bersolek, aku suka mekap gaya smokey eyes, yang mampu memberikan kesan mata yang lebih tajam. Nak nampak dramatik sikit, tambahkan efek eyeliner  yang tebal sedikit di atas dan bawah mata.

So, cubalah nanti tau!