Tetiba rasa syahdu jer pagi nie... Pagi Jumaat, penghulu segala hari! Ternyata, semakin kita mengenal kemuliaan Allah, dunia menjadi semakin tidak bermakna! 
Betul lah... segala apa yang berlaku itu ada alasannya... Ada hikmah yang tersembunyi. Kita boleh kenal hati budi seseorang, siapa kawan, siapa sahabat, siapa gunting dalam lipatan, siapa kaki ampu, siapa..bla..bla..bla... Segala-galanya boleh tersingkap walapun secara perlahan-lahan...  Yang pasti, Allah Maha Besar.

Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui di sebalik satu rahsia dan setiap perbuatan ada balasan...
Nabi SAW bersabda, “Takutlah pada Allah atas doa orang yang dianiaya kerana tidak ada tirai pemisah antara doanya dengan Allah”.

Jadi jahat atau baik, semua itu terletak pada pilihan kita sendiri!
Wahai hati, usahlah terus bersedih!!