Ehh... betul ke nie? Harus dicuba tips nie kan. Aku bukan jenis yang suka ber makeup sangat, tapi adalah jugak ‘tenyeh’ bedak dan blusher tu tuk nampak comel sikit. Bab sisa-sisa bedak dan blusher tu macam mudah jer nak dihilangkan.  Pakai makeup remover  dah ok. Cuma yang susah sikit, kesan eyeliner. Jenuh ‘tenyeh’, tapi kesan hitam-hitam tu macam habis-habis nak hilang. Kadang-kadang bila tengok muka pepagi lepas bangun tidur tu, still lagi ada kesannya.

Boleh jadi stress tau...  dan aku ada baca satu tips cantik nie. Katanya, minyak zaitun bukan sahaja boleh dijadikan pembersih wajah. Sebaliknya mampu memberikan kesan wajah yang memukau! Whoaaaa... berkhasiat betul minyak zaitun nie  untuk kecantikan rupanya yer.

Jadi jom lah kita sama-sama cuba...  tapi pastikan kita pilih dan beli minyak zaitun yang dikhaskan untuk kosmetik tau. Jangan minyak zaitun untuk masakan pulak ya...  Hahaha...hahha...  Sebaiknya, sebelum membersihkan wajah, kita wapkan dulu wajah dengan ‘face steamer’  (kalau adalah .. tak de.. letak jer air panas dalam mangkuk... huhuhu...) selama dua minit supaya dapat membantu membuka pori-pori.
Lepas tu, keringkan wajah dengan tuala dengan cara ditekap-tekap lembut. Kemudian bersihkan wajah dengan menyapu kapas muka yang telah diletakkan minyak zaitun tu ke seluruh permukaan kulit wajah.

Selepas itu, barulah cuci wajah dengan pembersih muka untuk menanggalkan sisa-sisa minyak zaitun yang masih melekat.  Ternyata penggunaan minyak zaitun sebagai pembersih bukan sekadar hanya mampu menanggalkan seluruh kesan makeup tetapi juga memberikan kelembapan yang baik bagi kulit.

Ok, petang nanti lepas balik kerja nak pergi belilah. Nak trylah...