expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 24 January 2014

Hilangnya Seri Di Muka ...



Sejak ‘patah hati’ (hehehe…) aku akui, kurang peduli dengan wajah sendiri. Sudahlah tak pernah pergi ke salon untuk merawat muka… sekalipun berfacial-facial ini macam kawan-kawan aku yang lain. Sebaliknya muka sendiri, jaga sendiri jer lah! Hahha… tapi sejak hampir sebulan nie membela muka sendiri pun aku jadi malas! Akibatnya, muka aku yang tak berapa lawa nie, jadi tambah tak lawalah!

Huhuhu… Biasalah umur pun dah meningkat! Kalau tak jaga betul-betul memang boleh nampak ‘patah riuk’ lah . Hahahah..hahaha…. Ok-ok… mulai hari ini, aku berusaha untuk kembali bersemangat. Buang segala fikiran negatif daripada terus membelenggu diri. Chewah! Nampak macam betul-betul bersemangat jerk kan… Apa pun harap-harap aku bolehlah mengotakan ‘cakap-cakap’ aku nie. Untuk sementara waktu ini, aku harus tabahkan hati..bertahan dan bersabar. Kena yakin, di sebalik kesabaran itu pasti ada sinar bahagia. Paling penting, jangan berhenti untuk terus berdoa. Ameen.

Balik semula pada penjagaan muka nie, ok aku akan kembali kepada rutin asal. Kembali rajin membersihkan muka, pakai pelembap dan banyakkan minum air masak! Aku sendiri pun dah tak sangguplah tengok muka aku yang suram..kelam..kedam.. n bla..bla... nie!

No comments:

Post a Comment