Kalau dah lama berkawan tu... biasalah kalau kita ada impian untuk menjalinkan hubungan dengan lebih serius. Tapi, kadang-kadang tentu ada keraguan yang muncul di benak. Ehh... dah ready ke aku untuk komitmen yang lebih serius? Nikah!

Situasi macam nie bukan hanya kita sahaja yang merasainya. Selebriti terkenal pun boleh mengalaminya. Macam si Jennifer Lopez nie... dia pun masih ragu-ragu dan tidak bersedia untuk berkahwin dengan kekasih hatinya Casper Smart.

Walaupun dia rasa happy kerana Casper telah melayan anak-anaknya dengan baik, namun keyakinannya untuk berkahwin dengan Casper masih tiada. 

Percintaan mereka telah terjalin lebih dua tahun. Biarpun tanpa ikatan perkahwinan, kedua-duanya sangat bahagia. Bahkan  J-Lo sendiri mengakui bahawa dia tidak suka hidup sendirian dan memilih untuk ada ‘couple’. Cuma, untuk berkahwin belum masanya!  Hurmm...macam tu pulak kan... ! So, kita tunggu sahajalah ya kesudahan cinta mereka nie.