Apa yang jadi... apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan setiap manusia yang hidup ini, tak kiralah kau popular ke tidak... kau orang biasa, ternama atau para ‘retis’ sekalipun tetap mempunyai dugaan hidup yang tersendiri.

Macam kisah si Justin Bieber yang tak habis-habis lagi nie. Khabarnya beribu-ribu rakyat Amerika menggesa Bieber agar keluar dari negara mereka. Mereka benci dengan perilaku Bieber yang dirasakan amat melampaui batas itu. Mereka tidak mahu pengaruh buruk yang dibawakan oleh Bieber tu akan memberikan impak negatif kepada para remaja Amerika itu sendiri.

Sungguh pun begitu, Bieber tak cepat melatah. Bahkan dia tetap ‘cool’  menjalani kehidupan sehariannya di bumi Amerika itu. Bieber... Bieber... sudah-sudahlah tu. Cubalah jadi budak yang baik ok!