Semangat pelantun ‘Fireworks’ harus dicontohi. Biarpun pernah melalui saat-saat sukar untuk move on setelah perkahwinannya dengan Russel Brand berakhir pada Disember 2011, penyanyi cantik Katy Perry tetap tidak mengalah. Dia cekal untuk meneruskan kehidupannya.

Dia mengakui, lagu’Ghost’ dan ‘By The Grace’ yang termuat dalam album terbarunya 'Prism' itu  memang mengambarkan kesedihannya ketika berpisah dengan bekas suaminya.

Apa pun kini Katy sudah bahagia di samping kekasihnya John Mayer. Seboleh-bolehnya dia mahu melupakan kisah silam bersama Russel Brand dan memulakan ceritera cinta barunya itu. All the best ya Katy. Pasti kamu boleh melakukannya... lebih-lebih lagi dengan adanya cinta baru ini!