Aku kalau bab-bab hantu nie memang penakut sikit. Kalau tengok movie hantu, akulah yang paling banyak tutup mata dan menjerit! Hahhah..hahah... Dan aku yakin di antara kita nie pasti punya pengalaman mistik yang mungkin membuatkan bulu tengkuk kita tegak berdiri!

Macam pengalaman si Katy Perry nie. Khabarnya dia pernah mengalami kejadian pelik ketika menjalani penggambaran di sebuah rumah di Los Angeles. Sewaktu kejadian dia berada di sebuah ruang kediaman di tingkat dua, tiba-tiba Katy telah melihat seorang lelaki bermisai yang merenungnya melalui sebuah cermin usang. Dia segera menoleh ke sekeliling, tiada siapa-siapa.

 Hurmm... apa lagi... menggigil lah dia ketakutan dan terus berlari menuruni tangga. Semua orang ditingkat bawah cuba untuk menenangkan Katy yang mahu segera beredar dari situ.
Of coz lah kan... kalau aku pun, jam-jam tu gak terus cabut!!!!  Huhuhuuh....