Kadang-kadang kita memang patut melupakan kenangan lalu, terutama kenangan yang menyakitkan. Sekalipun pahit, sekalipun sukar, hidup ini terpaksa diteruskan jua. Sejak berpisah dengan Miranda Kerr, khabarnya Orlando Bloom sempat mendampingi wanita lain. Terbaru, dia dikatakan kini intim dengan Margot Robbie. Kemesraan mereka semakin jelas kelihatan terutama selepas parti Golden Globe yang lepas.

Cuma yang menghangatkan lagi cerita ini, Margot ini juga rapat dengan Leonardo DiCaprio (kekasih bekas isteri Orlando, Miranda Kerr). Mereka bertiga menjadi rapat setelah sama-sama membintangi ‘The Wolf of Wall Street’ 
Nampaknya sekarang nie, hubungan Orlando dan si Leo nie memang tak berapa baik. Orlando sangat kecewa dengan sikap Leo yang tidak menghargai persahabatan yang telah terjalin di antara mereka selama ini. Orlando berpendapat Leo sebaik sahaja dia mengumumkan perpisahannya dengan Miranda, Leo tidak menunggu waktu yang lebih lama untuk menawan hati bekas isterinya itu.

Giler Orlando tak sakit hati!!! Dahlah kawan baik kan.. sanggup pula buat macam nie! Jika betul la Leo yang menggoda Miranda, memang tak patut! Pangkah X untuk Leonardo Dicaprio! Hhahaha….