Alahai... putus tunang jugak dia nie. Hurmm... apa nak buat tak der jodoh. Maybe itulah ayat yang paling tepat. Paling tidak, dapat menyejukkan hati. Hahaha...

Akhirnya Kelly Obsourne mengaku juga yang dia telah memutuskan pertunangannya dengan Matthew Mossart. Mereka sudah bertunang lebih dari lima bulan dan telah menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2012 lagi.

Khabarnya mereka telah merancang untuk berkahwin pada bulan Julai yang akan datang, namun semua itu telah musnah. Hubungan ini tidak dapat diselamatkan lagi . Alasan utama mereka terpaksa berpisah adalah kerana sudah tidak serasi lagi. Bahkan mereka juga mempunyai perbezaan dari segi persepsi serta tidak boleh dikompromikan lagi. Jalan terbaik adalah berpisah, namun keduanya masih sedia untuk berkawan baik.

Oklah tu kan... masih boleh jadi kawan baik lagi. Bukan semua orang macam tu kan....