Alamak... Apa dah jadi dengan rambut Kim Kardashian nie? Betul-betul parah... dah macam menuju ke arah kebotakan. Cuba tengok gambar di atas, rambutnya yang diikat kelihatan menipis (terutama di bahagian tepi) ... sampai dah nampak kulit kepalanya.

Menurut sebuah artikel yang aku baca,  kerosakan rambut yang dialami oleh Kim ini adalah berpunca  dari diet dan penurunan berat badannya secara drastik selepas melahirkan North West pada 2013 lalu. Lebih teruk lagi, jika Kim berterusan menggunakan 'hair extensions'. Silap haribulan hilang semua rambutlah Kim nie. Yang tinggal hanyalah, "halussss". Hahaha..hahah...

Harap-harap Kim dapat menyelesaikan masalah rambut yang dialaminya ini. Bentuk badan dah cantik-cantik, macam tak kena pulaklah kalau tak de rambut kan... Huhuuhu....