Alahai si Miley nie tak abis-abis lah nak cetuskan kontroversi.Dia seolah-olah sengaja cuba menarik perhatian dunia sejagat ini agar terus tertumpu kepadanya. Terbaru aku baca sebuah artikel yang mengatakan,  dia lebih rela dikaitkan dengan cerita  hubungan sesama jenisnya (lesbian), berbanding perkataan ‘buruk’ yang sering dilemparkan kepadanya.  Dia benar-benar rasa menyampah dan benci dengan perkataan tersebut.

Suatu ketika dulu, Miley nie gemar sangat mempamerkan aksi-aksi menjelirkan lidah, baik di atas pentas mahupun berpossing di depan kamera. Konon-kononya  tindakannya itu sekadar menutupi perasaan malunya untuk tersenyum dan bergaya lain di depan kamera. Namun, dia tidak menyangka perbuatan menjelir lidah itu  telah bertukar menjadi habit pula.

Tetapi untuk tahun 2014 nie, Miley sudah ada gaya baru yang mungkin bakal menjadi trend iaitu mempamerkan giginya yang jonggang. Walaupun sekadar gigi palsu, ia tetap mengundang perhatian para peminat dan juga pengkritik Miley!


Ok lepas nie apa kata kita try selfie dengan gaya terbaru Miley Cyrus ini. Hahhaa… sure kelakar habis!!!