Setiap orang pasti pernah mengalami saat-saat sukar dalam hidupnya. Tertekan, tersalah langkah dan sebagainya. Begitu juga dengan nasib penyanyi Nick Carter, bekas kekasih Paris Hilton nie.

Penghujung tahun lepas, Nick telah menulis cerita kehidupannya melalui biografi bertajuk ‘Facing the Music and Living to Talk About It’. Dalam buku tersebut, Nick bercerita tentang saat-saat dia mengalami ketagihan alkohol  dan ubat-ubatan terlarang sehingga tahun 2008 yang lalu. Bukan itu sahaja, ia turut memuatkan kisah perjuangan Nick untuk bebas dari ketagihan tersebut.

Nick membuat biografi ini adalah untuk berkongsi pengalaman hidup agar tidak ada lagi orang yang akan mengikuti jejak langkahnya menjadi penagih!

Semoga penyanyi berbakat nie terus ‘bersih’dan tidak mengulangi lagi kesilapan lalunya.