Betul-betul berhantu lah lagu bertajuk Royals nie. Memang menepati
halwa telinga aku dan yang paling menarik, ia dinyanyikan oleh remaja berusia
17 tahun. Punya bakat dan karisma tersendiri. Lagu-lagunya juga unik dan penuh
makna. Pergggh!! Kagum!!
Orang-orang di Negara Kiwi pasti bangga dengan Lorde. Lagu Royals
telah menduduki tangga teratas di US Billboard Chart. Bahkan Royals sudah
diview lebih daripada 25 juta penonton. Tentu sahaja pencapaian itu
membanggakan anak kelahiran New Zealand, yang sentiasa tampil sederhana ini.
0 Comments