Kebahagiaan berumahtangga akan jadi lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri atau pelengkap hidup. Justeru itulah, aktor tampan Ryan Rodney Reynolds, tidak berselindung untuk meluahkan hasratnya untuk memiliki sebuah keluarga yang besar bersama Blake Lively.

Dalam artikel yang aku baca tu, Ryan Rodney turut menjelaskan, dia dan isterinya berasal dari keluarga yang besar. Jadi, tak ada masalah jika dia dan isterinya memiliki anak yang ramai walaupun ada yang mengatakan ia bakal mengundang banyak perkara yang menyusahkan.

Okay kita tunggu sahaja apakah pasangan ideal ini bakal dikurniakan ramai anak atau pun tidak. Apa pun semoga harapan mereka akan menjadi kenyataan. Mesti cute-cute je anak mereka kan…