Berbaik-baik dengan bekas kekasih? No hal! Tak dinafikan ada yang boleh berbaik-baik dengan bekas kekasih. Boleh jadi best friend lagi! Namun, lebih ramai yang lagi yang sanggup bermusuhan setelah putus!  Aku? Hurmm... tengok keadaan dululah! Haha..hahha...

Kat sini aku nak cerita  fasal hubungan cinta yang pernah terjalin di antara Sushmita Sen dan Randeep Hooda suatu ketika dahulu. Setelah hubungan mereka terlerai, masing-masing saling tidak peduli lagi. 

Bahkan hingga ke hari ini, khabarnya Sushmita bukan sahaja tidak baik dengan Randeep, malahan juga dengan bekas-bekas kekasihnya yang lain.