Dah elok-elok... punya ramai peminat nak bubarkan diri pulak! Tapi, itulah keputasan The Wanted yang pastinya mengejutkan ramai pihak, khususnya peminat setia mereka. The Wanted akan dibubarkan secara rasmi selepas mereka selesai rangkaian tour ini.

Kenapa nak berpecah pulak kan... Rasa macam tak puas hati pun ada. Hahaha.... Sebenarnya Tom, Maz, Jay, Siva dan Nathan nie mempunyai rancangan masing-masing. Mereka dah ada plan tersendiri rupanya. Lagipun selepas berkolaborasi dengan Ariana Grande menerusi lagu ‘Almost is Never Enough’, Nathan sendiri khabarnya pernah menyuarakan hasrat hatinya untuk keluar daripada The Wanted. 

Manakala yang lain masih belum memutuskan apa yang akan mereka lakukan setelah pembubaran tersebut. So, kita tunggu sahajalah perkembangan selanjutnya ya.