Sebut fasal judi nie... apa yang terlintas di fikiran serta terngiang-ngiang di telinga ialah lagu Datuk M.Daud Kilau, ‘Gila Judi’. Mungkin ada yang belum tahu bahawa pelakon kacak Ben Affleck adalah seorang yang gila judi! Itulah permainan wajib mewarnai hidup Ben dan dia tidak peduli sebanyak mana duit yang harus dihabiskan semata-mata untuk berjudi!
Memang parah Ben nie. Dia juga dikatakan pernah mengalami kerugian hingga US$ 500.000 akibat kalah judi! Hisshhh.... teruknya!