Bagi Bridgit Mendler, rahsia untuk kelihatan cantik tidak semestinya harus bermekap tebal. Yang penting adalah selalu merawat kulit wajah agar sihat dan bersih, dapatkan tidur yang mencukupi serta rajin memakai pelembap.  

Menurutnya, jangan berlebihan memakai mekap dan pastikan kita tidak lupa untuk membersihkan wajah sebersih-bersihnya sebelum tidur. Jangan sesekali tidur dalam keadaan muka yang masih bermekap.  Selain itu,  kena jaga kulit wajah agar sentiasa lembap.  Jadi, sebab itulah gadis cantik ini selalu memakai pelembap. Bahkan dia juga menggunakan ‘sunscreen’ setiap kali melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari.