Putus cinta memang menyakitkan bagi sesetengah orang. Lebih-lebih lagi jika kita berada di pihak yang diputuskan oleh si dia kan... Cuma jangalnah memendam luka tu lama-lama. Tak bagus untuk kehidupan kita...hehehhe....

Khabarnya, Max George (The Wanted) nie telah putus cinta  dengan Nina Agdal setelah beberapa bulan bersayang-sayang. Punca perpisahan dikatakan kerana mereka punya kehendak yang berbeza tentang percintaan. Ia menjadi tekanan hebat buat Max setelah The Wanted dibubarkan.

Cuma ada cerita yang tidak sedap sikit, baru-baru nie Nina dikatakan kelihatan bersama dengan Leonardo DiCaprio selepas majlis Super Bowl. Mereka berdua berparti di Club Avenue, New York City , dan balik bersama-sama sekitar jam 5 pagi hanya kerana tidak mahu dilihat oleh paparazi yang berkeliaran.


Tak apalah Max, mungkin Nina tu bukan yang terbaik untuk awak. Cari awek lain ok! Hhahaha...