Bagi aku, menjalinkan hubungan cinta bukanlah perkara mudah. Bukan apa, pasti ada jer masalah yang datang untuk menguji cinta. Biar betapa hangatnya cinta yang terbina, setiap di antara kita akan menghadapi pasang surutnya gelora cinta. Dan hati adalah elemen pertama yang merasakan getaran ombaknya, samalah seperti yang dialami oleh Orlando Bloom!

Baru jer mahu menyemai cinta, dah dia disogokkan dengan cerita kekasihnya,Nora Arnezder nie sebenarnya lesbian! Foto Nora yang sedang bercium bersama seorang wanita di tepi pantai di Sepanyol, sekitar tahun 2011 itu mula tersebar di internet.

Kita tunggu sahajalah berita selanjutnya ya. Nak juga tahu reaksi Orlando berkenaan kes ini kan. Tapi, nama pun Omputih, kadang-kadang apa mereka nak kisahkan sangat, janji hati bahagia!!!