Hubungan cinta yang terjalin ada ketikanya tidak berjalan dengan baik. Ada saja masalah yang datang menghampiri. Kadang-kadang masalah yang datang itu bukan berpunca daripada pasangan terbabit. Sebaliknya, faktor dari luar seperti keluarga. Mana tak rumit!

Khabarnya hubungan Charlize Theron dan Sean Penn itu tidak direstui oleh ibu Charlize, Gerda Maritz. Sedangkan, Charlize sudah separuh mati mencintai Sean dan mengharapkan hubungan mereka kekal ke jinjang perkahwinan.

Ibu Charlize yakin, perkahwinan tersebut tidak akan membuatkan Charlize bahagia dan dia tidak mahu Charlize menyesal di kemudian hari.

Kesian Charlize kan.. tentunya sekarang nie dia berada dalam dilema, nak dengar nasihat ibunya atau terus mempertahankan cintanya terhadap Sean.


So, kita tunggu sahajalah cerita terbaru mereka ya.!