Bumi yang mana tidak ditimpa hujan kan... sama jugalah macam hubungan cinta kita. Tak selamanya indah dan berjalan lancar seperti mana yang kita inginkan. Pasti ada jer perkara-perkara tertentu yang membuatkan hubungan cinta terkandas, tak pun masing-masing saling bertelagah! 

Menurut artikel tersebut, sekarang nie hubungan Gwyneth Paltrow dan Chris Martin sedang bergolak. Mereka bergaduh tentang lokasi tempat tinggal. Khabarnya Chris kurang menyukai suasana di Los Angeles walaupun ia cukup bagus untuk Gwyneth supaya boleh dekat dengan keluarga dan kawan-kawannya.

Chris pernah menyuarakan hasratnya itu untuk kembali ke London, jika kedua anak mereka Apple dan Moses tamat persekolahan. Chris tidak mahu  lagi rasa berjauhan daripada kawan-kawan dan juga keluarganya.
Mudah-mudahan Gwyneth dan Chris dapat menyelesaikan masalah mereka dengan cara yang paling baik, terutama demi masa depan kedua anak mereka itu. Tak baiklah gaduh-gaduh ok..Benda boleh bawa bincang.... hehee...heehhe...