Ketika jarak memisahkan, mampukah cinta dipertahankan? Wakakakka.... bukan semua orang mampu mempertahankan cinta bila berjauhan. Dugaan bakal datang, tapi diminta....

Jadi mungkin sebab itulah suami kepada Nicole Richie, Joel Madden nie sanggup memujuk isterinya supaya segera mengikutnya untuk berpindah ke Australia. Dia tidak mahu berjauhan dengan Nicole, apatah lagi apabila mengetahui isterinya itu kini semakin akrab dengan Kris Jenner. Dia tidak mahu Kris Jenner akan membawa pengaruh yang buruk pada Nicole.

Lebih-lebih lagi bentuk tubuh Nicole kini yang kelihatan semakin kurus. Khabarnya, Nicole sudah mengalami masalah kesihatan sejak November tahun lalu. Disebabkan terlalu sibuk, Nicole lupa untuk mengambil berat soal makan dan minum. Bahkah, Nicole juga sering jatuh sakit.

Sebagai suami, Joel mahu memberikan sepenuh perhatian pada kesihatan Nicole. Selain itu, dia juga mahu Nicole dan anak mereka Harlow (6) dan Sparrow (4) tinggal dalam sebuah rumah!