Kebahagiaan hidup bukan terletak pada harta serta kemewahan hidup semata-mata. Bukan juga terletak pada tingginya darjat atau populariti seseorang. Bukan juga pada kecantikan atau ketampanan wajah. Sebaliknya, kebahagiaan hidup itu boleh kita temui dalam cinta. Jika ada yang bahagia dengan memiliki harta benda, itupun sebab dia telah mendasari kehidupannya dangan warna-warni CINTA! Chewahhhhhh!!

Woowwww! Nampaknya couple paling hot di Holloywood , John Meyer dan Katy Perry tidak mampu untuk melindungi rahsia hati mereka lagi. Keduanya pernah mengungkapkan perasaan masing-masing menerusi lagu “Who You Love”.

Bagi John, Katy adalah wanita idaman yang dicarinya selama ini. Ketika cinta mereka dilanda badai, John pernah cuba memilih untuk hidup sendiri, namun ternyata dia tidak sanggup. Saat itu telah menyedarkan John betapa dia amat memerlukan kehadiran Katy dalam hidupnya.


Sementara itu, Katy juga pernah meluahkan dalam akaun Twitternya, John adalah kekasih yang sangat luar biasa dan sumber inspirasinya. Harap-harap Katy dan John terus berbahagia hingga ke akhir hayatlah kan...