Kebelakangan ini bintang remaja sensasi Justin Bieber terus dihimpit dengan pelbagai kontroversi Apa sahaja cerita... apa sahaja kisahnya yang boleh disensasikan terus dicungkil oleh pihak media... bahkan perilaku liar Bieber itu turut dikaitkan dengan sikap buruk bapanya Jeremy Bieber.


Khabarnya Bieber mewarisi sikap-sikap buruk Jeremy masa lalu. Jeremy punya rekod buruk dan dia juga pernah ditahan atas sabit kesalahan menyerang pada tahun 1997. Akibatnya dia dijatuhi hukuman selama 90 hari, dua tahun tempoh percubaan dan 10 tahun dilarang menggunakan senjata api. Sekitar tahun 2002, Jeremy ditangkap lagi atas tuduhan yang sama, namun kes tersebut akhirnya ditutup.